Khamis, 27 April 2017

AYAM MASAK PELEK'KOK

RESEPI PELEK'KOK

Assalamualaikum semua..Disini akak nak kongsi masakan akak,yang setiap kali orang rasa pasti minta resepinya semua kata sedap..padahal bahan2nya bukan banyak pon..masakan ni pon akak ipar yang ajar..hehehehe
ok....
ini dia resepinya...

  1. AYAM TUA@AYAM PENCEN
  2. BAWANG MERAH
  3. BAWANG PUTIH
  4. LADA PUTIH
  5. CILI PADI
  6. ASAM MANGGA@ASAM JAWA
  7. KUNYIT
  8. MINYAK 
  9. GARAM


ok step pertama
Ayam Tua @ Ayam pencen 1 ekor buang kulit dan potong kecil2 nak ambik kulit pon tak apa...
✔bahan A
Bawang Merah 15 biji
Bawang putih 1biji kalau tak pakai pon tak apa
Lada Putih rm2 belender
cili 5 biji..ikut kepedasan masing2

ayam diperap bersama⤵
✔Bahan B
kunyit
asam mangga@asam jawa
garam
hiriskan bawang merah besar 1 biji 
kmd ramas semua bahan bersama ayam..

belender bahan2 A menggunakan minyak masak..biar sedap..@nak tumbuk guna lesung lagi sedap..
gunakan periuk yg ada penutup..untuk lg sedap..
✔cara masak
masukkan minyak sedikit kalau bahan2 diblender guna minyak...tp.kalau guna lesung lebihkan minyaknya..
tumis bahan A hinggah bau naik..
masukkan ayam yg telah diperap td
gaul2 letak sedikit kicap supaya ayam tak nampak pucat..(akak.guna.kicap kipas udang merah)
letak sudu dlm masakan biar ayam tua cepat lembut..
kecilkan.api
tutup periuk.
gaul setiap 5minit yer..
sampai naik minyak dan airnya kering.

!!ingat api kena kecil yer..kalau api besar ayam tak jd lembut kuah dah kering..
tak sedaplah jawabnya,,,

ok selamat mencuba...
dah cuba pasti nak buat lagi...


Kalau macam ni..belum masak lagi tau


haaaa yang ni rupanya kalau dah masak'''

1 ulasan: